Tuesday 2 August 2011

WEATHER @ CUACA...BBB YG TAK SEBERAPA..HEHE

SALAM...

Hari ni mud saya nak wat BBB tntang cuaca in english...tp x lah secantik BBB cikgu2 yg lain..biasa2 jer..rasa malu pun ada nk kongsi kat blog ni..tp niat saya pada awalnye buat blog ni adalah untuk berkongsi ilmu,jd saya kongsikan jugak...saya hanya menggunakan manila kad dan kertas warna jer...zaasss...







Rasa puas dpt hasilkan bbb sndiri..walaupun simpel jer..tp amat berpuas hati ;)

WARNA,GUNTING DAN TAMPAL....(3 IN 1)...

SALAM....

Beberapa hari yang lepas saya membuat aktiviti 3 dalam 1..iaitu mewarna, menggunting dan menampal gambar mengikut kreativiti masing2....saya hanya meminta kanak-kanak mewarnakan gambar pokok, awan, matahari dan rumah..gambar tersebut saya letakkan secara bersepah2..kanak-kanak dikehendaki menggunting dan menampal gambar tersebut mengikut kreativiti masing2...jom layan aktiviti ni..zasss..








buat yer anak murid ku..jgn x wat..huhu

Friday 22 July 2011

MEMBINA AYAT DARI PERKATAAN....

salam..
Hari ni, Cikgu Gummy wat aktiviti membina ayat berdasarkan perkataan yang dijumpai dan tulis ayat tersebut di atas kertas..aktiviti ni dilakukan secara berkumpulan..semasa buat aktiviti ni saya sedikit marah kerana mereka tak nak dengar arahan saya betul2...selepas itu, barula mereka mendengar arahan saya dgn baik..dugaan untuk cikgu prasekolah mcm saya ni...saya meminta mereka membina perkataan berdasarkan kad suku kata yg saya beri..selepas itu, mereka diminta membina dan menulis ayat di atas kertas A4 yg diberikan berdasarkan perkataan yg mereka bina..jom layan aktiviti diorang...zassss.,




PROGRAM SEKOLAH SELAMAT SKTS 2011...

Pada 21 Julai 2011 bertempat di SK LKTP Tenggaroh Selatan, telah berjalannya PROGRAM SEKOLAH SELAMAT bagi tahun 2011..tahun ni terdapat sedikit kelainan di mana murid-murid dan guru-guru dibawa mendekati dan melihat sendiri jentera bomba dgn lebih dekat....jom kita tengok siapa yg terlebih exited...CIKGU ke MURID2....zasssss...





baru lepas latihan kebakaran...untuk maklumat semua, kalaula betul2 ada kebakaran, saya rasa saya la antara org yg akan rentung...menunggu budk pra ni nak ke padang dah setengah jam..huhu..xper, cikgu berkorban untuk anda semua...hehe








Seronoknye budk2 ni tgk jentera bomba yer...macm tgk artis yg dtg...huhu...






ni giliran cikgu2 plak yg exited main air...yohuuuuuu!!!!

Selalunye kalo latihan kebakaran jer mesti nak wat demo nk pdmkan api..tp tahun ni wat kelainan sikit...dpt tgk jentera bomba secara dekat n dapat main air..cikgu2 pun berpeluang memakai alat pembekal oksigen..tp saya tak try..hehe..semoga tahun depan ada lagi kelainan yg lebih menarik :)

Tuesday 19 July 2011

JOM BUAT CAPAN GUNA DAUN... :)

SALAM...


Hari ni first time saya nak ajar kanak-kanak prasekolah Tunas Cemerlang ni main warna air..saya wat aktiviti membuat capan menggunakan daun..kanak-kanak bebas menghasilkan pelbagai bentuk dengan teknik capan ini..bahan-bahan yg digunakan :


1) Warna air dan berus lukisan










2) Kertas Lukisan










3) Daun










simpel jer wat capan ni..rase2nye semua dah tau kan mcm mane nak wat capan ni....bukan main riuh lagi budk2 ni bila dpt main water colour...



bila masing2 dah bertungkus lumus wat capan ni, maka terhasillah bentuk capan mereka...ni dia....





walaupun macm2 kerenah melayan ragam kanak-kanak ni sehinggakan hampir terhilang sabar, tp hasilnye sgt mengagumkan bg seorang kanak-kanak..kanak-kanak ni kreatif sebenarnye..kdg2 lebih kreatif dr pemikiran org dewasa..cuma,kita sebagai ibu bapa atau guru perlu memberi rangsangan kepada mereka dan membantu menjana kreativiti mereka supaya mereka dpt menghasilkan sesuatu yg lebih menarik...dunia kanak-kanak bukan hanya membaca dan menulis sahaja, tetapi juga perlu diberi penekanan kepada aspek lain..

INGAT 9 KECERDASAN PELBAGAI.

MENGHASILKAN PELBAGAI CORAK MENGGUNAKAN DAUN.... :)

SALAM....


Beberapa hari yg lepas saya telah cuba untuk menjanakan kreativiti kanak-kanak di prasekolah saya dengan menghasilkan pelbagai corak menggunakan daun...dengan membahagikan 2 orang setiap kumpulan..bahan-bahan dia simpel jer...


1) kertas lukisan
2) daun pelbagai bentuk dan saiz
3) Gam


Jom kita tgk hasil yang kanak-kanak ni dah wat yer :)


nilah hasilnyer



seronoknyer kanak-kanak ni yer...

walaupun aktiviti ni nampak sangat simpel n macam xde fungsi..tp sebenarnye aktiviti ni dapat menjana kreativiti kanak-kanak secara tidak langsung..bila saya tanya bentuk ape yg dihasilkan, ada yg cakap "cikgu,saya wat bentuk gunung berapi".."cikgu, saya wat bentuk muka org".."cikgu, saya wat bentuk rama-rama"....sebagai seorg guru prasekolah rasa seronok sgt bila kanak-kanak dapat menyatakan bentuk yang telah mereka hasilkan...

Untuk kawan2, bolehla cuba aktiviti ni yer..selamat mencuba :)

Monday 18 July 2011

JOM BUAT ORIGAMI BUNGA TULIP.... :)

SALAM...


Hari ni aktiviti kelas saya adalah membuat ORIGAMI BUNGA TULIP...simple jer wat benda ni...jom buat :)


Bahan / alatan yg digunakan :


1) Kertas Warna









2) Straw









Cara nak hasilkan origami ni simple jer...ni caranya :


lepas tu korang boleh tambah straw dekat bawah tuk dijadikan batang...nant hasilnye jadila mcm ni :


ok, dah siap...cantikkan??? hehe...selamat mencuba semua :)